Inilah cuti-cuti malaysia bagi tahun 2009, Kami sekeluarga telah pi penang, perjalanan mengambil masa selama lapan jam, Kami bertolak dari pukul 10 malam hari khamis 17/12/09 dan sampai pada pukul 6 pagi 18/12/09. Sampai2 je terus cari masjid sembahyang subuh di masjid negeri Pulau Pinang dan mandi di sana. Pas tu gi sarapan dan terus cari hotel. Kami menginap di Vistana Hotel. 2 hari menetap di Pulau Pinang. Tak banyak tempat di Pulau Pinang untuk dilawati, tak seperti di Melaka dan Kuala Lumpur. Tapi ok lah...saja bawak anak-anak jalan. Yang penting mereka merasa pengalaman melalui jambatan Pulau Pinang dan balik menaiki feri, dan naik keretapi ke Bukit Bendera. Selain tu dapatlah tengok peninggalan kesan pemerintahan british di Pulau Pinang. Pergi makan yang seronok, Sebenarnya penang tak banyak tempat makan orang melayu, susah sangat nak cari makan tapi kalau dah tau tempat sedap terus tuju je..Restoran kayu nasi kandar dan restoran pelita nasi kandar memang sedap. Selain dari tu makan kat restoran kari kepala ikan di Batu maung memang power.... Pas gi pulau pinang, kami pergi ke Taiping, night safari...Bagi kawan-kawan yang ada niat nak gi night safari tu, kami nasihatkan baik jangan pergi, kalau nak pergi jugak, pergi waktu siang...kalau pergi malam pendek kata tido atas train je, sebab langsung tak nampak binatang...Gempak je lebih...Kami tido semalam di Taiping, pas tu terus gi KL. Kat KL tido semalam lagi, shopping baju sekolah budak, pas tu gi sogo paling syok...Balik singgah di Negeri sembilan ingat nak makan cendol Leman Dawi tapi tutup, tak de rezeki, tapi tak putus asa lain kali singah lagi...dan akhir sekali singgah melaka, kalau gi mana-mana tak singgah melaka memang tak sah. Makan ikan parang asam pedas power...baru balik rumah....