Bahan-bahan:-
60g tepung gandum
1/2 camt rata bahan penaik
60g mentega
60g gula halus
1 biji telur
30g buah-buahan kering
1/2 camt esen vanila
Caranya:-
Putar mentega dan gula hingga gebu. Pukul telur hingga kembang. Kemudian campurkan kedua-dua adunan . Masukkan esen vanila dan masukkan tepung sedikit demi sedikit agar tidak bergentel. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Masukkan 3/4 dari tinggi acuan kertas. Bakar selama 15-20 minit hingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment