Bahan-bahannya:-
6 cawan tepung gandum
1 cawan Majerin
3 cawan gula (2 cawan pukul dan 1 cawan goreng)
2 sudu teh baking powder
2 sudu cream of tatar
2 sudu esen vanila
5 biji telur
2 sudu Bikarbonat of soda
Buah campur
Caranya:-
Pukul mentega sampai kembang, masukkan telur dan gula, pukul lagi hingga kembang. Masukan cream of tatar, bikarbonat, baking powder dan esen vanila. Masukkan tepung dan gaul rata.Ambil secawan dari tepung tadi gaulkan dengan buah campur. Masukkan ke dalam mangkuk adunan. Goreng 1 cawan gula hingga cair dan hangus. Masukkan gula yang panas tadi ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata. Masukkan dalam loyang pembakar, dan kukus.
No comments:
Post a Comment