My Blog List

Friday, September 4, 2009

Abok-abok


Bahan-bahannya:-

200 gm sagu biji ( dibersihkan, dibasahkan dan ditoskan, biarkan dia kembang )
300 gm kelapa parut ( putih saja)
Gula Melaka ( diracik-racik)
Daun pisang
Lidi
Sedikit garam

Cara-caranya:-

Campurkan sagu biji, kelapa parut dan garam, kemudian gaulkan kesemua bahan tadi. Ambil sehelai daun pisang, bentukkan kon dan masukkan 2 sudu besar adunan sagu tadi, kemudian masukkan sedikit gula melaka yang telah diracik. Kemudian masukkan sesudu adunan sagu tadi untuk menutup gula merah tersebut. Tekan dengan sudu agar ia mampat. Gunakan lidi untuk matikan lipatan. Dan akhir sekali kukus sehingga masak (45-50 minit).

No comments:

Post a Comment