My Blog List

Friday, September 4, 2009

Kuih Ondeh-ondeh

Bahan-bahan :-

1/2 kampit tepung pulut
garam
Sedikit pewarna hijau
Gula Melaka ( di racik bentuk dadu)
Air secukupnya
Kelapa parut (ambil putih je campurkan garam sedikit)

Caranya...

Masukkan tepung dalam mangkuk adunan,pewarna, garam dan masukkan air sedikit demi sedikit, jangan sampai terlembik...Kemudian cubit tepung sebesar ibu jari, masukkan gula ke dalam tepung tadi, kemudian bentukkan bulat. Buatlah banyak-banyak. Panaskan air hingga mendidih, kemudian masukkan bebola tadi ke dalam air yang mendidih. Sementara menunggu tepung bebola tadi masak, masukkan kelapa parut kedalam tapis. Apabila tepung masak, dia akan timbul di permukaan air, angkat dan masukkan dalam tapis tadi untuk disalutkan dengan kelapa. Apa?? tak melekat...goyang-goyangkanlah tapis tu, barulah dia melekat....ok..kan dah siap..dah boleh makan....
See full size image

No comments:

Post a Comment