My Blog List

Sunday, March 20, 2011

Keajaiban sujud

Keajaiban Sujud Dalam Solat.
solat merupakan suatu kewajipan ke atas setiap hamba Allah yang telah diperintahkan oleh-Nya melalui Nabi Muhammad SAW pada malam Isra' Mikraj dan kewajipan itu adalah sesuatu yang menakjubkan.
Pelbagai kajian dan perbincangan antara ilmuwan Islam dan para saintis telah dilakukan  dan tidak dapat disangkal yang setiap yang diperintahkan Allah itu ada hikmah yang tersembunyi.

Menurut kajian seorang pakar neurologi Amerika Syarikat, terdapat urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dapat dimasuki oleh darah sedangkan setiap inci otak kita memerlukannya. Daripada kajian tersebut didapati urat saraf otak memerlukan beberapa sukatan tertentu darah dan hanya dengan bersujud semasa bersolat 5 waktu seperti diwajibkan dalam Islam keperluan ini sudah dipenuhi. Jadi, kepada sesiapa yang tidak bersolat, walaupun otaknya dapat berfungsi dengan normal namun kekurangan darah ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan pada keadaan2 tertentu seperti mudah marah, mengamuk malah mungkin boleh melakukan sesuatu yang lebih drastik seperti membunuh atau bunuh diri. Namun sakit mental adalah sesuatu yang berbeza dan hanya Allah yang tahu rahsia di sebaliknya. Kerana kagum dengan keagungan ciptaan Allah itu beliau memeluk Islam dan membuka Pusat Perubatan Melalui Al-Quran. Kajian-kajiannya berteraskan Al-Quran termasuk berpuasa, madu lebah, black seed dan sebagainya. 

Antara kelebihan-kelebihan sujud adalah:
1. Memperbetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar dari tempat asalnya.
2. Memperbetulkan sistem peranakan wanita yang jatuh.
3. Melegakan penyakit hernia (angin pasang).
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid (tetapi bukanlah bersolat ketika haid tetapi amalan solat memperbetulkan sistem tubuh).
5. Melegakan ketegangan paru-paru.
6. Mengurang kesakitan pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan ketika bersujud merupakan posisi rehat paling baik untuk mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan  bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur untuk pesakit insomnia.
10. Pergerakan otot bahu, dada, leher,perut serta punggung ketika hendak bersujud dan bangun dari sujud.
11. Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastik,secara automatiknya melancarkan perjalanan darah.
12. Menjadikan payudara wanita lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13. Mengurangkan kegemukan.
14. Pergerakan bahagian otot memudahkan proses kelahiran bagi wanita mengandung dan organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit convulsions dan angin meroyan.
15. Organ terpenting iaitu otak menerima darah secukupnya.
16. Mengelakkan pendarahan otak jika berlaku tekanan darah tinggi dan terhindar dari angin ahmar.
17. Secara psikologinya, sujud mewujudkan rasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta seterusnya mengikis sifat takbur, riak, sombong dan sebagainya.
(dipetik dari Arab News 1987 melalui Petanda Keagungan terbitan Knights Venture Marketing)

Namun, perlulah diingat bahawa solat sahaja tanpa penghayatan juga tidak cukup dalam Islam. Pastikan kita menghayati setiap pergerakan kita dalam solat terutamanya ketika sujud dan merasakan nikmatnya. Kalau setakat tonggang tonggek, laju pulak tu macam nak tak nak aje solat apa gunanya. Kalau kita boleh melambatkan pergerakan kita dalam senaman taichi kenapa tidak dalam solat. Jika kita boleh berpenat jogging beberapa kilometer kenapa tidak kerana Allah. Jika kita boleh bersengkang mata menonton bola di malam hari mengapa tidak berjaga malam untuk bertemu Pencipta kita.

Tetapi jika masih belum ada kesannya, jangan terus putus asa kerana kadang kala Allah ingin menduga hamba-Nya. Ada hikmah tersembunyi di sebaliknya, hanya Allah Maha Mengetahui, jadi rajin-rajinlah bersolat.... bukan wajib aje, sunat sekali tau...
Kalau nak mulakan sesuatu yang baik jangan lambat-lambatkan tambahan pulak sekarang Ramadhan, mulakanlah  solat sunat di waktu malam.....SELAMAT BERAMAL......