Bahan-bahannya:-
1 kg Ekor lembu
1 sudu Jintan putih
1/2 sudu jintan manis
3 sudu ketumbar
5 biji lada hitam (ikut suka)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
serbuk perasa (ikut suka)
Daun bawang dan bawang goreng (untuk tabur)
Cara-caranya:-
Masak air dalam periuk sehingga mendidih, kemudian baru masukkan ekor lembu tadi kedalam air yang mendidih. Campurkan semua bahan dan kisar hingga lumat. Setelah ekor lembu tadi empuk masukkan bahan yang dikisar tadi kedalam periuk. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Biarkan mendidih.
No comments:
Post a Comment