My Blog List

Saturday, December 18, 2010

Maharani Terunggul

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Banyak pertanyaan tentang pil ini sejak post 'set berpantang' keluar. Permintaannya juga bertambah. Pil ini sudah lama dipasaran.."Jika Sang Suami mengetahui khasiat pil maharani ini, setiap malam PASTI suami akan merayu isteri memakannya"..

Pil Maharani Produk berkualiti tinggi sehingga mencapai jualan RMB 2.7 billion setahun.

Fungsi-fungsi:

  • Melancarkan peredaran darah
  • Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur dan masalah ketidaksesuaian semasa tempoh haid, menyembuhkan senggugut.
  • Menyelesaikan masalah kronik wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan dan lain-lain)
  • Rawatan helba (naturally) yang menggalakkan kesuburan wanita
  • Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan- meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
  • menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
  • merupakan ubat gantian untuk jamu-jamu, ubat periuk semasa berpantang-menyuburkan badan selepas bersalin, mengecutkan rahim dengan cepat.
  • kepada yang belum berkahwin sangat digalakkan untuk kulit yang cantik, kelancaran haid, sentiasa bertenaga, meningkatkan metabolisma dengan kelancaran darah keseluruh badan dll.
  • merupakan 'ubat seks' untuk wanita, kenikmatan luar biasa kepada kedua belah pihak..(menghasilkan daya kemutan yang sangat dasyat, sehingga suami boleh teringat-ingat sang isteri)
  • bagi wanita yang hampir monopous, ia menguatkan tulang, menguatkan daya tahan badan dari penyakit..

Sesiapa yang sudah memiliki Premium Beautiful, amatlah digalakkan mengamalkannya. Kombinasinya sangatlah berkesan luaran dan dalaman.

Cara Pengambilan : Disyorkan - (1/2 bola)-setiap hari sebelum makan atau sebelum tidur (semasa ketiadaan haid)


Monday, July 19, 2010

SUNGAI DI DALAM LAUT

Tahukah anda terdapat sungai di dalam laut...sungguh menakjubkan, semua ini adalah kejadian Allah, tiada yang mustahil bagi nya......subhanallah.....

Ternyata berita tentang adanya sungai di bawah laut Mexico sampai saat ini masih jadi perhatian banyak orang. Hingga hari ini masih banyak saja orang yang mencari foto-foto sungai di bawah laut Mexico yang menghebohkan itu, bahkan video sungai bawah laut pun sekarang sudah ada, meski durasinya hanya sebentar. Untuk melengkapi berita tersebut sekali lagi blog ini akan membagikan foto dan video sungai di dalam laut Mexico secara lengkap berikut.





Foto Sungai di Bawah Laut Mexico

Foto Sungai di Bawah Laut Mexico

Foto Sungai di Bawah Laut Mexico




Wednesday, May 12, 2010

Fadhilat Surah- Taha

1. Doa ibubapa kepada anak mudah dikabulkan oleh Allah SWT. Bacakan Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik. Ayat ini adalah ayat pelembut hati.

Boleh juga diamalkan membaca Ayat 1 - 5 kepada anak-anak yang malas bersekolah.

2. Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan. Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah.








Terjemahan

"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."

3. Ayat 39 diamalkan para isteri supaya suami tidak kahwin lain.




Terjemahan:

".. dan aku limpahkan rasa cinta-ku kepada engkau dan supaya engkau diasuh di bawah perhatian-ku."

4. Ayat 105 - 107 ditulis,dileburkan dengan air dan gunakan untuk mengubati bisul-bisul dan penyakit kulit lain. Sapukan pada tempat yang sakit. InsyaAllah penyakit akan segera kering dan sembuh.





Terjemahan:

"Tuhanku menghancurkannya sehancur-hancurnya. Lalu dibiarkannya menjadi tanah rata yang kosong. Tiada engkau lihat atasnya bertinggi rendah."










Terjemahan:

"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah."


Wednesday, April 14, 2010

Monday, March 22, 2010

Air Mata Nabi Adam


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, 'Sedap sungguh air ini..'

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, 'Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.'

Apa Yang Akan Ditanya :-

Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, 'Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?

Lalu dijawab :

'Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.'

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari ?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang ninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'

Thursday, March 18, 2010



Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH


1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.


2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.


3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.


4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Saturday, March 6, 2010

Menantu Yang Luar Biasa

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Thursday, February 25, 2010

Kisah Jam Tangan...


Saupi menaiki kereta api ke KL. Penumpangnya agak sesak. Antara penumpang yg ramai tu ada seorg tua yg duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Saupi brtanya kpd org tua tersebut, ” Pakcik, skrg pukul brp?” Org tua tersebut tidak menjwb. Saupi pikir, mungkin org tua ni kurang pendengaran lalu dia mengulangi pertanyaan sampai
3Xi. Namun org tua tu tetap berdiam diri tanpa sebarang kata.Saupi dg agak geram mencuit org tua tersebut & berkata, “Saya hairan mengapa pakcik tidak menjwb pertanyaan saya. Salahkah saya bertanya?” Orang tua itu menoleh sambil berkata, “Bukannya saya tak mau jwb, tapi nanti kalau saya jwb, kita pasti akan bersoal jwb ttg lain2 perkara pulak. Dan akhirnya kita akan bertambah mesra.” Saupi termangu mendengar kata2 org tua itu. Terus dia bertanya lagi, “Apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?” Orang tua itu menjwb, “Apb kita bertambah mesra, nnt apb dah sampai ke stesen, nnt kita akan turun bersama2. Saya nantinya
pasti akan memperkenalkan kamu kpd anak gadis dan isteri saya yg dtg menjemput saya.”

“Isteri saya orgnya baik sekali. Takut nnt dipelawanya kamu ke rumah. Nnt kamu akan mandi & berehat di rumah say. Kami juga akan menjamu kamu di rumah saya. Setelah itu kamu jadi rapat
dg anak gadis saya & kamu akan jadi teman lelaki anak saya. Lama2 kamu akan menjadi menantu saya,” katanya lagi.

Saupi menjadi semakin bingung lalu dia terus bertanya, “Pakcik, apa hubungannya semua ini dg pertanyaan saya yg pertama tadi? Saya cuma nak tahu skrg ni pukul brp?” Sambil berdiri org tua tersebut menjwp dg lantang, “Masalahnya? Masalahnya AKU TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SPT KAMU. JAM TANGAN PUN TAKDERRR!”

Addduuuhhhh, jauh sungguh pemikiran org tuan ni. Sungguh futuristik!

Wednesday, February 24, 2010

Mampukah Ku Jejak....

Hotel terhebat dan paling mahal di Eropah – Mardan Palace terletak di Antalya, Turki

mardan palaca hotel 416x250 Mardan Palace   mampukah ku jejak

Jika mahu menyeberangi kolam renangnya dengan menaiki gondola, ia akan mengambil masa kira-kira setengah jam.

Spanya menyediakan pemandangan bersalji, bilik mandi dilengkapi cermin berbingkai emas – bukan di dinding, sebaliknya di lantai! – tandas dikendalikan melalui alat kawalan jauh dan pelanggan boleh memilih bantal daripada menu disediakan bagi memenuhi kehendak tahap kelembutan yang diingini.


mardan palace hotel2 428x250 Mardan Palace   mampukah ku jejak

Bilik mewah itu menggunakan kemasan 2,500 tan emas, 500,000 kristal dam 23,000 meter persegi marmar Itali.

mardan palace hotel 426x249 Mardan Palace   mampukah ku jejak

Di tengahnya dibina satu akuarium dengan 2,400 ikan pelbagai jenis termasuk jerung supaya pelanggan dapat ‘berenang bersama’ hidupan laut itu

Cuma, satu dinding kaca tebal dibina memisahkan tetamu dengan ikan berkenaan.

mardan palace hotel3 425x249 Mardan Palace   mampukah ku jejak

Di sisi kolam, tersedia 11 restoran, termasuk restoran Itali yang menggunakan peralatan memasak bernilai RM7.5 juta.

Lobi hotel pula seluas padang bola sepak dan disinari chandelier kristal besar di tengahnya.

mardan palace hotel1 435x250 Mardan Palace   mampukah ku jejak

Katil di setiap bilik adalah besar, manakala penyiram di bilik mandi bersalut emas.

mardan palace hotel4 380x249 Mardan Palace   mampukah ku jejak

Bilik suite Mardan Palace hanya dapat diduduki dengan bayaran RM64,200 satu malam.

Ya Allah, kalau ini pun cantik dan terpegun aku bila melihatnya…BAGAIMANA LAGI INDAH NYA SYURGA DI AKHIRAT KELAK.....Ya Allah jadikanlah hambamu orang yang beriman dan bertakwa..masukkanlah aku kedalam syurgamu Ya Allah...Lindungilah aku dari azab api neraka.......amin.


Monday, February 22, 2010

Janji Bertemu Di Syurga...

Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil
dari Ishaq bin Ibrahim dari Raja’ bin
Amr An-Nakha’i, ia berkata: ”Adalah
di Kufah terdapat pemuda tampan, dia
kuat beribadah dan sangat rajin. Suatu
saat dia mampir berkunjung ke kampung
dari Bani Na-Nakha’. Dia melihat
seorang wanita cantik dari mereka
sehingga dia jatuh cinta dan kasmaran.
Dan ternyata, si wanita cantik ini pun
begitu juga padanya. Karena sudah
jatuh cinta, akhirnya pemuda itu
mengutus seseorang melamarnya dari
ayahnya. Tetapi si ayah mengabarkan
bahwa putrinya telah dijodohkan dengan sepupunya. Walau demikian, cinta keduanya tak bisa padam bahkan semakin berkobar.

Si wanita -akhirnya- mengirim pesan lewat seorang untuk si pemuda, bunyinya, ‘Aku telah tahu betapa besar
cintamu kepadaku, dan betapa besar pula aku diuji dengan kamu. Bila kamu setuju, aku akan mengunjungimu atau aku akan mempermudah jalan bagimu untuk datang menemuiku di rumahku’. Dijawab oleh pemuda tadi melalui orang suruhannya, ‘Aku tidak setuju dengan dua alternatif itu:

”Sesungguhnya aku merasa takut bila aku berbuat maksiat pada Rabbku akan adzab yang akan menimpaku pada hari yang besar.” (Yunus: 15) Aku takut pada api yang tidak pernah mengecil nyalanya dan tidak pernah padam kobarannya.’

Ketika disampaikan pesan tadi kepada si wanita, dia berkata: ”Walau demikian, rupanya dia masih takut
kepada Allah? Demi Allah, tak ada seseorang yang lebih berhak untuk bertakwa kepada Allah dari orang lain.
Semua hamba sama-sama berhak untuk itu.” Kemudian dia meninggalkan urusan dunia dan menyingkirkan
perbuatan-perbuatan buruknya serta mulai beribadah mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, dia masih
menyimpan perasaan cinta dan rindu kepada sang pemuda. Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan perasaan
rindunya, sampai akhirnya dia meninggal dunia karenanya. Dan si pemuda itu seringkali berziarah ke
kuburannya, dia menangis dan mendo’akannya. Suatu waktu dia tertidur di atas kuburannya. Dia bermimpi berjumpa dengan kekasihnya dengan penampilan yang sangat baik. Dalam mimpi dia sempat bertanya: ”Bagaimana keadaanmu? Dan apa yang kau dapatkan setelah meninggal?”

Dia menjawab: ”Sebaik-baik cinta - wahai orang yang bertanya – adalah cintamu. Sebuah cinta yang dapat
menggiring menuju kebaikan”.

Pemuda itu bertanya: ”Jika demikian, kemanakah kau menuju?” Dia jawab: ”Aku sekarang menuju pada kenikmatan dan kehidupan yang tak berakhir. Di Surga kekekalan yang dapat kumiliki dan tidak akan pernah rusak.”

Pemuda itu berkata: ”Aku harap kau selalu ingat padaku di sana, sebab aku di sini juga tidak melupakanmu.” Dia
jawab: ”Demi Allah, aku juga tidak melupakanmu. Dan aku minta kepada Tuhanku dan Tuhanmu (Allah subhanahu wa ta’ala) agar kita nanti bisa dikumpulkan. Maka, bantulah aku dalam hal ini dengan kesungguhanmu dalam ibadah.”

Si Pemuda bertanya: ”Kapan aku bisa melihatmu?” Jawab si wanita: ”Tak lama lagi kau akan datang melihat
kami.” Tujuh hari setelah mimpi itu berlalu, si pemuda dipanggil oleh Allah menuju kehadirat-Nya, meninggal
dunia.

Sumber: Kisah-Kisah Nyata Tentang Nabi, Rasul, Sahabat, Tabi’in, Orang-orang Dulu dan Sekarang, Syaikh
Ibrahim bin Abdullah Al-Hazimi, Darul Haq.

Sunday, February 21, 2010

CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN...

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA,KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN,
KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN!KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN,"Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN.

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut.Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak- isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas,

"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepadaTuhannya, “oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"

CINTA KEPADA ALLAH CINTA RASUL CINTA IBU BAPA CINTA KEPADA UMMAH CINTA KEPADA KECEMERLANGAN
MARI..KITA SEMUA... CINTA LIMA PERKARA..

Tuesday, February 16, 2010

Bila Malaikat Mencabut Nya




Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sunday, February 14, 2010

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai

tembikai.JPG

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq

Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai
itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan
marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada
barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap
hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau
tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Hanya Ingin Mengingatkan ….

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali …

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur’an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Sunday, January 31, 2010

Barangsiapa dikurniai Allah kenikmatan hendaklah dia bertahmid (memuji) kepada Allah, dan barangsiapa merasa diperlambat rezekinya hendaklah dia beristighfar kepada Allah. Barangsiapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah hendaklah mengucapkan "Laa haula walaa quwwata illaa illaahil'aliyyil'adzhim." (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung)" (HR. Al-Baihaqi dan Ar-Rabii')

Saturday, January 30, 2010

Senyumlah....


Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan..bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah...

Senyum seindah suria Yang membawa cahya. Senyumlah dari hati .Duniamu berseri Senyum umpama titian. Dalam kehidupan. Kau tersenyum ku tersenyum. Kemesraan menguntum Dengan senyuman terjalinlah.. ikatan...

Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas....

oleh itu kawan-kawan, mari kita senyum....

Thursday, January 28, 2010

Keikhlasan Hati





Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya diperpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama& alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.

Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.

Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.

Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum.

Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.."

sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...