Jika mahu menyeberangi kolam renangnya dengan menaiki gondola, ia akan mengambil masa kira-kira setengah jam.
Spanya menyediakan pemandangan bersalji, bilik mandi dilengkapi cermin berbingkai emas – bukan di dinding, sebaliknya di lantai! – tandas dikendalikan melalui alat kawalan jauh dan pelanggan boleh memilih bantal daripada menu disediakan bagi memenuhi kehendak tahap kelembutan yang diingini.
Bilik mewah itu menggunakan kemasan 2,500 tan emas, 500,000 kristal dam 23,000 meter persegi marmar Itali.
Di tengahnya dibina satu akuarium dengan 2,400 ikan pelbagai jenis termasuk jerung supaya pelanggan dapat ‘berenang bersama’ hidupan laut itu
Cuma, satu dinding kaca tebal dibina memisahkan tetamu dengan ikan berkenaan.
Di sisi kolam, tersedia 11 restoran, termasuk restoran Itali yang menggunakan peralatan memasak bernilai RM7.5 juta.
Lobi hotel pula seluas padang bola sepak dan disinari chandelier kristal besar di tengahnya.
Katil di setiap bilik adalah besar, manakala penyiram di bilik mandi bersalut emas.
Bilik suite Mardan Palace hanya dapat diduduki dengan bayaran RM64,200 satu malam.
Ya Allah, kalau ini pun cantik dan terpegun aku bila melihatnya…BAGAIMANA LAGI INDAH NYA SYURGA DI AKHIRAT KELAK.....Ya Allah jadikanlah hambamu orang yang beriman dan bertakwa..masukkanlah aku kedalam syurgamu Ya Allah...Lindungilah aku dari azab api neraka.......amin.
No comments:
Post a Comment