My Blog List
Thursday, September 10, 2009
Kek Permaisuri
Bahulu Gulung
3 biji telur
3 oz gula halus
3 oz tepung gandum
1 camt esen vanila
1 camt teh air suam
1 camb jem nenas (dipanaskan dan di cairkan)
Caranya:-
Pukul gula dan telur hingga kembang. Masukkan esen vanila, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gunakan sudu untuk kaup dan balikkan agar tidak bergentel dek tepung yang tidak rata. Masukkan air, kemudian kaup dan balikkan lagi. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar. Bakar jangan sampai garing. Angkat bahulu yang telah masak, kemudian sapukan jem nenas di atas permukaan bahulu tadi dan gulung.Biarkan sejuk, barulah dipotong dan makan...
Wednesday, September 9, 2009
Kek Kukus
Bahan-bahannya:-
6 cawan tepung gandum
1 cawan Majerin
3 cawan gula (2 cawan pukul dan 1 cawan goreng)
2 sudu teh baking powder
2 sudu cream of tatar
2 sudu esen vanila
5 biji telur
2 sudu Bikarbonat of soda
Buah campur
Caranya:-
Almond London
9 oz butter
3 oz gula powder
450 gm tepung gandum
sedikit garam
coklat morogland @ cip
2 biji merah telur
1 biji putih telur
secukup badam di bakar
2oz badam serbuk
Kek Lapis Asam Manis
10 biji merah telur
7 biji putih telur
3 sudu susu pekat
16auns mentega
2 sudu besar vanila
15 bungkus asam manis
2 gelas gula
2 gelas tepung soda ( biskut soda diblend)
Cara-caranya:-
Cornflakes Madu
3 sudu besar madu
6 sudu besar gula pasir
1/2 peket cornflakes
Cara-caranya:-
Cairkan butter, madu dan gula pasir di dalam kuali, setelah mendidih masukkan cornflakes. Gaul dan ratakan. Masukkan ke dalam acuan kertas, taburkan gula berwarna di atas cornflakes tersebut. Akhir sekali bakar, untuk keringkan cornflakes tersebut....bila berbau, dah masaklah tu.....
Kuih Tiram
Tat Nenas
Biskut Suji
Tuesday, September 8, 2009
Menjelang Hari Raya...
Monday, September 7, 2009
Amalan Dalam Bulan Ramadhan
Pagi
1. Sembahyang sunat subuh dan fardu subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya .
2. Berzikir
3. Tasbih – 100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat .
4. Selawat sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali
5. Sembahyang sunat :
· Sembahyang sunat Dhuha
· Sembahyang sunat Tasbih
· Membaca Al-Quran
· Membaca doa taubat Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar )
Tengah Hari
1. Sembahyang : Sunat Zohor – Fardu Zohor – sunat Zohor serta doa .
2. Istighfar & Istighfar untuk Ibubapa – 70 kali atau 100 kali
Petang
1. Sembahyang : Sunat Asar –Fardu Asar – wirid/doa
2. Zikir sebanyak yang boleh
3. Tasbih
4. Bertakbir
5. Selawat 10 atau 100 kali
Maghrib
1. Berbuka puasa – Sembahyang Maghrib dan sunat Maghrib
2. Sembahyang sunat Awwabin
3. membaca “Tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung .”(baca dalam bahasa Arab)
Isyak
1. Sembahyang sunat Isyak–Fardu Isyak-Sunat Isyak
2. Sembahyang sunat Terawih – sunat Witir
3. Membaca Al-Quran
Tengah Malam
Jam 2.00 malam atau 3.00 malam hingga keluar fajar subuh .
1. Sembahyang sunat wuduk
2. Sembahyang sunat Tahajjud ( 2 atau 4 atau 6 atau 8 atau 12 rakaat ) dan berdoa .
3. Sembahyang sunat Hajat ( memohon sesuatu hajat ) dan berdoa
4. Sembahyang sunat Tasbih dan doa
5. Berzikir ( di dalam hati nurani / ingatan sebanyak-banyaknya )
6. Membaca Tasbih istighfar 100 kali atau 70 kali
7. Membaca Tasbih dan zikir majmuk ( sebanyak 100 kali )
Setelah masuk waktu subuh dan setelah azan subuh, sembahyang sunat Subuh/Fajar dua rakaat, sebelum sembahyang Subuh ( antara azan dan sembahyang fardu subuh ), bacalah istighfar tasbih 100 kali dan kemudain berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa-antara azan (bang) subuh dengan sembahyang subuh iaitu bertasbih dan memohon keampunan (kalau sempat waktunya) .
Bersedekah
Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadhan, tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan .
Bersedekahlah pada bulan puasa menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa, berlipatganda yang paling banyak pahalanya .
Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan syurga, terjatuh dari bala .
Peringatan
1. Awas, singkirkanlah jauh-jauh perasaan ‘ujub,ria’ , takbur, sum’ah, hasad dengki, perkelahian – itulah racun dalam amalanmu, yang akan menghapuskan amalanmu kerananya .
2. Kalau tidak dapat diamalkan semua, janganlah tinggalkan semuanya, menurut sejauh mana lemah dan kuatnya iman pada dirimu .
3. Bawalah dan teruskanlah amalan ini sehingga di luar bulan Ramadhan, menjadi amalanmu seharian .
4. Sehari demi sehari umur kita kian menghujung, demi untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata .
5. Insya-Allah akan tergolong kita ke dalam golongan hamba-hamba Allah yang solehin .
Friday, September 4, 2009
Sup Ekor
Berbuka Puasa...
Kuih Bakar Pandan
Abok-abok
Kuih Kosui
Kuih Ondeh-ondeh
Bulan Puasa...
Sepupu
Wednesday, September 2, 2009
Ibuku....
Umrah
Abang dan Kakak
My Baby
My Family
Zaman Sekolah
Ini yang aku kata tak sangka, sebenarnya dulu aku dan suami sekelas, sejak dari darjah 3 lagi, sampailah ke tingkatan 1. Tapi masa tu x de benda pun...main polis century, main capte,main yeye (ala...getah gelung disambung-sambung tu, jadikan tali..), semuanya sama-sama, tak falling love pun....tapi lepas tu berjumpa semula, masa tu dah alam remaja...aahhh...yang tu dah lain...he..he....